Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Dunia ] Manila : Lambung syiling pilih datuk bandar

by IamLisa
May 17, 2013
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

syiling-50sen

Lambungan duit syiling memutuskan pemenang bertuah bagi jawatan datuk bandar sebuah bandar kecil di Filipina, selepas calon bertanding mendapat undian seri pada akhir hitungan undi, kata pegawai pilihan raya semalam.

Keputusan dramatik bagi jawatan di San Teodoro, bandar perladangan yang dihuni kira-kira 16,000 orang di tengah Filipina itu berlangsung di pejabat pilihan raya tempatan dengan ahli politik bertanding masing-masing melambung duit syiling bagi menentukan nasib mereka.

“Mereka bersetuju untuk melambung duit dengan calon yang mendapat lebih hitungan simbol kepala diisytiharkan sebagai pemenang,” kata ketua pilihan raya San Teodoro, Reny Pagilagan kepada media.

Menurutnya, ketegangan semakin memuncak apabila pusingan pertama lima lambungan duit syiling turut berakhir dengan seri berikutan kedua-dua ahli politik memperoleh dua kepala. Marvic Feraren, anggota parti Liberal yang memerintah akhirnya muncul sebagai pemenang dalam pusingan kedua lambungan duit syiling apabila memperoleh dua kepala berbanding lawannya yang mendapat satu kepala.

“Kedua-dua calon menerima keputusan itu. Mereka bersalaman dan berpelukan,” katanya. Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya di negara itu menegaskan bahawa keputusan seri dalam undian perlu diselesaikan dengan pelbagai cara dan lambungan duit syiling adalah antara kaedah yang diterima. – AFP

Tags: lambung syilinglambung syiling pilih datuk bandarlambung syiling pilih wakil rakyatmanilasyiling
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.