Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Senarai menteri kabinet 2013 – 2018 dibahagi mengikut negeri : Sarawak paling ramai dilantik

by Aida Sue
May 16, 2013
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

menterikabinet-2013

Sarawak memiliki wakil yang paling ramai dalam senarai anggota jemaah menteri yang diumumkan petang semalam. Daripada 33 jawatan menteri yang diperuntukkan dalam Kabinet Transformasi pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, negeri itu diwakili 6 anggota Dewan Rakyat dan seorang anggota Dewan Negara. Kalangan pemerhati mengandaikan, ramainya wakil Sarawak dalam Kabinet pasca PRU13 ini juga adalah sebagai langkah membalas budi kepada pengundi negeri itu yang menyumbang 25 kerusi Parlimen kepada BN pada pilihan raya lalu. Senarai Menteri Kabinet 2013 

menteri kabinet 2013

Jom lihat senarai menteri yang dibahagikan mengikut negeri :

1. Sarawak ( 11 orang ) 

JPM – Datuk Seri Idris Jala, Datuk Jospeh Entulu Belaun dan Nancy Shukri

Menteri Kerja Raya – Datuk Fadillah Yusof

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Rohani Abdul Karim

Menteri Sumber Manusia – Datuk Richard Riot

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi –  Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Timbalan menteri :  Datuk Joseph Salang Gandum (Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Alexander Nanta Linggi (muka baru) (Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Timbalan Menteri Dalam Negeri), Datuk James Dawos Mamit (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar )

2. Sabah ( 10 orang ) 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

JPM – Tan Sri Joseph Kurup.

Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Anifah Aman

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) – Datuk Dr Ewon Ebin

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Abdul Rahman Dahlan

Timbalan Menteri – Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin (Timbalan Menteri Kerja Raya), Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan Menteri Pertahanan), Datuk Mary Yap(Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Azizah Mohd Dun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

3. Johor ( 9 orang ) 

Timbalan Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin ( Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi)

Kementerian Pertahanan –  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dan Kementerian Pengangkutan )

Kementerian Kesihatan – Datuk Dr S Subramaniam

JPM – Datuk Seri Abdul Wahid Omar , Datuk Razali Ibrahim

Timbalan Menteri – Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Halimah Sadique (Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Hamim Samuri (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) , Datuk Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan).

4. Pahang ( 4 orang ) 

Perdana Menteri , Menteri Kewangan Pertama – Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Seri G Palanivel

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani –  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri – Datuk Ismail Mutalib ( Timbalan Menteri Sumber Manusia )

5. Perak ( 5 orang )

Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan –  Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menteri Kewangan Kedua – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri – Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Luar Negeri)

6. Negeri Sembilan ( 2 orang ) 

Menteri Belia dan Sukan – YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Hasan Malek

7. Kedah  ( 3 orang ) 

JPM – Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Timbalan Menteri –  Datuk Seri Mahdzir Khalid (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ), Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  )

8. Perlis ( seorang ) 

JPM – Datuk Seri Shahidan Kassim.

9. Kelantan ( seorang ) 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mustapa Mohamed

10. Terengganu ( 3 orang ) 

Menteri Komunikasi dan Multimedia –  Datuk Ahmad Shabery Cheek

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua – Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri – Datuk Jailani Johari ( Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua)

11. Selangor  ( 2 orang ) 

Timbalan Menteri – Datuk Noriah Kasnon ( Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ) , P Kamalanathan (Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua )

12. Pulau Pinang ( 2 orang )

Timbalan Menteri – Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Kesihatan) , Datuk Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan).

13. Melaka ( 2 orang ) 

Timbalan Menteri – Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi )

14. Wilayah Persekutuan ( seorang ) 

Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Sumber 

Tags: kabinet 2013kabinet malaysia 2013menteri 2013menteri kabinetmenteri kabinet 2013menteri kabinet ikut negeripru 13senarai kabinet 2013senarai kabinet baru 2013senarai menteri kabinetSenarai menteri kabinet 2013 - 2018 dibahagi mengikut negeri Sarawak paling ramai dilantik
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.