Jika anda mengenali seseorang yang menderita akibat artritis, atau jika anda sendiri mengidap penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan upaya ini, anda pasti tahu bahawa masalah sendi yang menyakitkan ini juga melibatkan keradangan sekurang-kurangnya pada satu sendi. Jika anda mengenali seseorang yang menderita akibat artritis, atau jika anda sendiri mengidap penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan upaya ini, anda pasti tahu bahawa masalah sendi yang menyakitkan ini juga melibatkan keradangan sekurang-kurangnya pada satu sendi. Walaupun pada ketika ini tiada rawatan konvensional yang mampu menyembuhkan osteoartritis dan reumatoid artritis, beberapa kemajuan yang memberangsangkan telah berjaya ditemui melalui kaedah rawatan semula jadi.
Ekstrak Kupang Hijau New Zealand yang dikenali sebagai Biolane® merupakan peneraju dalam bidang ini. Namanya mungkin agak asing di kalangan masyarakat Malaysia, namun kepada ribuan pengidap artritis di seluruh dunia, produk kesihatan sendi serba semula jadi yang terbukti selamat dan berkesan ini telah memainkan peranan penting selama lebih dari 30 tahun untuk membantu mereka menikmati kehidupan yang lehttps://diva.my/wp-admin/post-new.phpbih berkualiti dan aktif.
Biolane®, yang merupakan satu-satunya perencat enzim penuaan sendi semula jadi di pasaran, tersohor di persada global dan disanjung sebagai rawatan berkualiti tinggi oleh pesakit artritis, reumatisme dan pelbagai masalah sendi yang lain. Kesan terapeutiknya yang selamat dan tahan lama bermanfaat untuk melegakan simptom-simptom artritis reumatoid dan osteoarthritis. Ekstrak ini juga boleh diamalkan sebagai kaedah pencegahan untuk melambatkan proses kemerosotan sendi semula jadi yang berlaku seiring dengan peningkatan usia.
NuvaFlex B™, atau pernah dikenali sebagai produk makanan fungsian untuk sendi, NT-Flam™ mengandungi komponen asli bahan aktif Biolane® daripada kupang hijau New Zealand. Berteraskan mekanisme tindakan yang melambatkan proses kemerosotan sendi akibat peningkatan usia serta menghalang kerosakan yang berterusan, Biolane® membantu menangani dan melegakan simptom-simptom masalah sendi seperti kesakitan, ketegangan, bengkak dan keradangan sendi.
Maklumat Produk
Apakah NuvaFlex B™?
NuvaFlex B™ adalah makanan berfungsi 100% untuk membantu mengekalkan pergerakan sendi dan mencegah masalah sendi.
Apakah ramuan aktif yang terdapat di dalam NuvaFlex B™?
NuvaFlex B™ mengandungi Biolane™, sejenis ektrak yang diperolehi daripada Kupang Hijau New Zealand. Ia terbukti secara klinikal sebagai agen anti-penuaan dan anti-keradangan untuk sendi.
Siapakah yang boleh mengambil NuvaFlex B™
Individu-individu yang mengalami masalah seperti berikut:
• Osteoarthritis
• Rheumatoid arthritis
• Sengal-sengal
• Keradangan sendi
Berapakah jangka waktu yang diperlukan untuk saya melihat perubahan?
NuvaFlex B™ merupakan produk semulajadi dan bukanlah sejenis ubat yang secara lazimnya dapat berkesan dengan cepat. Pemulihan sendi merangkumi proses yang perlahan serta berperingkat. Kebanyakan pesakit merasakan perubahan dalam masa 6 minggu, selebihnya mengambil masa sehingga 12-14 minggu setelah mula mengambil Biolane® secara teratur. Seperti juga perkembangan penyakit arthritis yang berlaku dalam peringkat yang berpanjangan sebelum simptom mula dirasai, proses pemulihan sendi juga akan mengambil masa untuk memperlihatkan kesannya.
Apakah dos yang disarankan untuk NuvaFlex B™?
Sebagai dos permulaan, ambil 2 kapsul, DUA kali sehari selama 3-4 bulan. Dos boleh dikurangkan kepada 2 kapsul sehari untuk penjagaan sendi yang berterusan. Dos boleh ditambah apabila perlu untuk mencapai tahap pergerakan yang lebih baik.
Bilakah NuvaFlex B™ perlu diambil?
NuvaFlex B™ boleh diambil pada bila-bila masa, sejurus selepas makan.
Adakah sebarang kesan sampingan terhadap NuvaFlex B™?
Biolane® iaitu ramuan aktif di dalam NuvaFlex B™ telah wujud lebih daripada 30 tahun di pasaran antarabangsa tanpa sebarang kesan sampingan yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah pesakit yang menyatakan bahawa kesakitan, ketegangan atau ketidakselesaan bertambah pada sendi pada tahap awal pengambilan. Keadaan ini tidak akan berpanjangan dan pesakit dengan simtom tersebut akan mula merasakan manfaatnya jika terus mengambil NuvaFlex B™.
Bolehkah NuvaFlex B™ diambil bersama glucosamin/chondroitin?
Ya, boleh. Memandangkan NuvaFlex B™ adalah sejenis agen anti-penuaan dan anti-keradangan, mekanisme tindak balasnya adalah berbeza berbanding glucosamin.Glucosamin lebih dikenali sebagai “bahan mentah” yang diperlukan oleh sel-sel sendi untuk membina semula rawan yang telah haus manakala NuvaFlex B™ pula membantu menggiatkan sel-sel sendi yang rosak untuk menggunakan “bahan mentah” ini. Jika anda pernah mencuba glucosamin atau chondroitin tetapi tidak mendapat hasil dan perubahan yang diingini, cubalah NuvaFlex B™ kerana ia mempunyai tindakbalas yang unik.
Perlukah saya menghentikan pengambilan ubat tahan sakit apabila mula mengambil NuvaFlex B™?
Tidak. Pesakit yang berhenti mengambil ubat tahan sakit secara mendadak akan mula berasa sakit kerana tindak balas NuvaFlex B™ adalah perlahan. Adalah disarankan supaya pesakit mengurangkan kebergantungan terhadap ubat tahan sakit selepas sekurang-kurangnya 4-6 minggu mengambil NuvaFlex B™.
Bolehkah individu yang menghadapi tekanan darah tinggi mengambil NuvaFlex B™?
Ya, individu yang menghadapi masalah darah tinggi boleh mengambil NuvaFlex B™. Walau bagaimanapun, individu yang mengamalkan diet tanpa garam tidak digalakkan mengambilnya kerana terdapat sangat sedikit kandungan garam semulajadi di dalam NuvaFlex B™ yang berasal daripada lautan masin. Individu yang berikut perlu mengelakan NuvaFlex B™:
- Mereka yang alah terhadap makanan laut
- Mereka yang mengalami “gout” yang perlu mengelakkan pengambilan makanan yang boleh merangsangkan penyakit ini berserang
Manfaat Utama:
- Melindungi kemerosotan sendi (Chondroprotective/Anti-Penuaan Sendi)
- Meningkatkan kebolehgunaan dan pergerakan (Bagi pesakit artritis atau kemerosotan sendi)
- Mengurangkan keradangan sendi
- Melindungi perut
Untuk pengetahuan anda Suplemen Biolane NuvaflexB mempunyai 80 capsules dan dijual dengan harga RM168 di farmasi utama seperti Caring Pharmacy, Guardian dan lain-lain.