Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ #PRU13 ] Pertama kali mengundi? Baca info dan tips sebelum membuang undi

by Aida Sue
April 12, 2013
56
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

mengundi

Tahun ini Pilihan raya umum untuk menentukan siapa kerajaan yang bakal memerintah Malaysia jatuh pada 5 Mei 2013 ( Ahad ) dan tahun ini dikatakan seramai 2.9 juta pengundi baru telah mendaftar untuk membuang undi pada tahun ini. Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.

Jadi sebelum membuang undi di tempat masing-masing, apa yang perlu dilakukan? Jadi kami mahu kongsikan sedikit tips dan informasi dengan anda mengenai PRU 13. Terdapat 2 jenis pembuangan undi akan dilakukan iaitu di pusat pembuangan undi dan juga undi secara pos.

UNDI POS

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke Pusat-pusat Pengundian Awal/ Biasa kerana :

a) Merupakan anggota polis yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
b) Merupakan anggota tentera yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
c) Merupakan petugas Media yang bertugas membuat liputan perjalanan Pilihan Raya di luar kawasan
d) Merupakan Petugas-petugas Pilihan Raya yang terpaksa bertugas menguruskan Pilihan Raya

Anda layak untuk memohon Undi Pos. Sila muat turun BORANG 1A (Permohonan Undi Pos Dalam Negara)  : SINI

PENGUNDIAN

Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan. Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu.

Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan. Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.

1. Apa yang anda perlu bawa semasa ke pusat mengundi?
Kad pengenalan dan MyKad anda. Lain-lain dokumen sokongan yang diterima adalah pasport Malaysia, lesen memandu atau kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi gambar anda, nama penuh, dan nombor kad pengenalan anda.

2. Apa yang berlaku apabila anda tiba di pusat mengundi?
Apabila anda memasuki tempat mengundi,pertamanya tangan anda diperiksa untuk dakwat kekal untuk memastikan sepenuhnya anda tidak mengundi untuk kali kedua.  Ada juga yang berkata tidak pernah ada kes seseorang mengundi dua kali, kerana nombor kad pengenalan Malaysia yang unik dan tidak boleh ditiru. Apabila ejen memanggil nama anda dan membaca nombor kad pengenalan anda, anda akan diberi kertas undi. Anda menuju ke meja mengundi, memilih calon pilihan anda, dan letakkan ke dalam kotak. Jika pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum, anda akan diberi dua kertas undi dan anda akan mengundi untuk pilihan raya negeri dan umum.

3. Bagaimana anda ingin mengetahui di mana pusat mengundi anda?

pru
Anda boleh mengetahui di mana anda akan mengundi melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (www.spr.gov.my). Terdapat juga perkhidmatan di mana anda boleh SMS nombor kad pengenalan anda dan dapat info mengenai pusat pengundian anda. Sebuah laman web juga akan dilancarkan, yang akan mempunyai semua maklumat yang perlu untuk pilihan raya umum ke-13 iaitu http://www.pru13.gov.my/

Semak melalui SMS :

SPR <jarak> SEMAK<jarak> NO. KAD PENGENALAN  dan hantar kepada 15888  mulai  15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan  seperti yang berikut:

(a) 29292 bagi pengguna Celcom;

(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis;  dan

(c) 33080 bagi pengguna Digi.

Semak daftar pemilih di http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php

4. Bagaimana anda ingin mengetahui tentang calon-calon dan polisi mereka?

IKLAN

Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.
Anda boleh melihat poster mengenai kempen pilihan raya di tempat anda untuk mengetahui kempen yang bakal diadakan. Selain itu anda boleh layari laman web ataupun Facebook parti politik untuk mengetahui mengenai tempat,masa dan tarikh berkempen parti yang bertanding di tempat anda.

Anda juga dinasihatkan untuk pergi ke ceramah kempen pilihanraya di tempat anda untuk mengetahui mengenai calon dengan lebih dekat dan apa perubahan yang boleh dilakukan olehnya. Jika anda masih ragu-ragu, anda juga boleh pergi mendengar kempen dan ceramah semua calon yang bertanding di tempat anda.

poster pilihanraya

Kempen BARISAN NASIONAL : 

Facebook : Barisan Nasional

MCA : Facebook rasmi MCA , website : http://www.mca.org.my/en/

UMNO : Facebook UMNO , website : http://www.umno-online.my/

MIC :  Facebook MIC     , website : http://www.mic.org.my/

Kempen PAKATAN RAKYAT

Facebook : Pakatan Rakyat , website www.pakatanrakyat.my/

PKR : Facebook PKR , website www.keadilanrakyat.org/

PKR –  Kempen Nurul Izzah : http://www.keadilandaily.com/?p=49299

DAP : Facebook rasmi DAP , website www.dapmalaysia.org/

PAS : Facebook PAS , website : http://www.pas.org.my/v2/ , Website khas PRU 13 PAS : http://pru13.pas.org.my/

contohpkr

Kempen PKR : http://www.keadilandaily.com/category/aktiviti/

5. Bolehkah anda memerhatikan proses pengiraan undi?
TIDAK. Hanya ejen daripada pihak-pihak dan calon-calon yang bertanding boleh berbuat demikian.

6. Keputusan pilihan raya
Anda boleh menunggu di pusat penjumlahan undi, terdapat skrin besar di sana yang menunjukkan kemas kini undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.

Selamat mengundi!

Info akan diupdate dari semasa ke semasa

Sumber : The Star , http://www.spr.gov.my/ , http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php

Tags: barisan nasionaldaftar undi 2013info manifesto 2013info mengundiisu politikisu semasaMalaysiamanifestomanifesto barisan nasionalmanifesto bnmanifesto bn 2013manifesto pakatan rakyat 13manifesto prmanifesto pr pru13penamaan calonpertama kali undipilihan raya umumpilihanrayapilihanraya malaysiapilihanraya umum 13politikpolitik malaysiaprupru13tarikh pilihan raya umum 2013tarikh pilihanrayatips mengundiumno
Share22SendShare

Artikel Berkaitan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by Lisa AG
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Soph.Azz
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Soph.Azz
December 24, 2021
0

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak. Nak elakkan daripada...

Baca Lagi
Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

by Lisa AG
December 23, 2021
0

"Duit dah habis banyak, tapi satu pun tak kena." Bukan kanak-kanak saja, yang dewasa pun turut sama stress setiap kali...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.