Sir Paul McCartney menguasai carta muzik semula menduduki tangga teratas dalam Senarai Pemuzik Jutawan akhbar Sunday Times yang diterbitkan di Britain. Bekas anggota Beatle itu berkongsi harta berjumlah £680 juta (RM3.2 bilion) bersama isteri Nancy Shevell.
Dia menduduki senarai pemuzik paling kaya sejak senarai itu disediakan pada 1989 apabila hartanya dianggar berjumlah £80 juta (RM374 juta). Sebahagian kekayaannya adalah harta milik isterinya, pewaris sebuah syarikat pengangkutan Amerika Syarikat yang dikatakan bernilai £150 juta (RM701 juta).
IKLAN
Turut tersenarai ialah pasangan Victoria dan David Beckham yang berjumlah lebih £200 juta (RM934 juta) meletakkan mereka dalam senarai 10 teratas. Andrew Lloyd Webber menduduki tangga kedua dalam carta itu dengan harta berjumlah £620 juta (RM2.9 bilion), diikuti oleh rocker Ireland, U2 yang memiliki harta sebanyak £520 juta (RM2.4 bilion). Lima anggota One Direction mengumpul harta sebanyak £5 juta (RM23 juta) setiap seorang tahun lalu.
Malah, Adele yang menduduki tempat teratas Senarai Pemuzik Muda paling kaya dengan harta berjumlah £30 juta (RM140 juta). Penyanyi itu meraih pendapatan £10 juta (RM47 juta) tahun lalu meskipun menghabiskan sebahagian besar masa pulih daripada pembedahan tekak dan melahirkan anak. – SUNDAY TIMES