Kisah percintaan yang berjaya menjelang pernikahan memang memerlukan usaha dari kedua belah pihak. Tapi ada 8 perkara positif yang boleh diusahakan untuk menjadikanmu seorang pasangan yang baik untuk si dia.
Mendengar
Apapun yang dibicarakan, kekasih yang baik adalah yang mahu mendengar. Mendengar bukan bererti menatap sambil mengkhayalkan perkara, tapi benar-benar mendengar. Dia hanya mahu kamu mendengar masalahnya walaupun kamu tak mampu membantunya. Cari pasangan yang tidak kisah mendengar kisah suka dukamu dan elakkan bercinta dengan orang yang hanya pentingkan dirinya sahaja.
Hal-hal kecil
Sebagai pasangan yang baik, kamu harus memperhatikan hal-hal kecil pada diri kekasihmu. Naik berat badan walau sedikit, minyak wangi baru, atau perubahan sederhana lain yang wajib diperhatikan. Perhatian tersebut menunjukkan bahawa kamu memberi perhatian pada pasanganmu. Walaupun nampak seperti biasa sahaja, percayalah, dia akan lebih menghargai perhatian kamu terhadap perubahan hal kecilnya.
Ruang
Kekasih yang baik tidak mengekang ruang pasangannya. Dan ini juga merupakan perluasan dari dasar suatu hubungan, iaitu saling percaya. Percaya saja jika pasangan ingin pergi sendirian tanpamu dan beri dia ruang untuk mengembangkan potensinya. Dia pasti akan sangat menghargai kebebasan dari kamu itu.
Hormat
Baik sebagai lelaki mahupun wanita, kamu harus menghormati pasanganmu. Jangan merendahkannnya, jangan memaksakan kehendak atau pendapat, dan hormati juga kesuciannya secara fizikal. Saling menghormati dalam hubungan akan membuahkan kebahagiaan.
Keluarga
Sebagai pasangan yang baik, kamu bukan hanya harus menghargai kekasihmu tapi juga keluarganya. Seboleh mungkin jaga hubungan dengan mereka dengan baik dan libatkan mereka dalam rancanganmu ataupun aktivitimu. Walaupun mungkin keluarga si dia agak sukar menerima kehadiran mu atas faktor tertentu, anda harus bersabar jika anda mahu bersama si dia hingga ke akhir hayat. Hati manusia boleh berubah dan bersabar itu ada sebahagian daripada iman.
Beri sokongan
Pasangan yang baik adalah seseorang yang memberi sokongan kepada pasangannya agar berubah menjadi peribadi yang lebih baik. Sokong cita-citanya, temani dia kalau hendak mencari pendidikan yang lebih tinggi, atau bantu dia ketika sedang menghadapi masalah.
Bantu
Kalau memang pasanganmu sukar berubah, bantu dia untuk melakukannya. Misalnya dia malas bangun pagi, tugasmu sebagai pasangan yang baik ialah untuk membantunya untuk berubah dan menjadi rajin bangun pagi. Jika dia pemalas untuk mengemas, sekali sekala cuba buat aktiviti mengemas bersama-sama dan beri dia ganjaran seperti makan tengah hari atau malam apabila dia berjaya mengemas rumah. Bertolak ansur sangat penting dalam suatu hubungan yang berjaya.
Pujian
Pasangan yang baik tahu masa bila dia harus memberi pujian tanpa berlebihan. Pasanganmu memerlukan pujian kamu di waktu yang tepat. Kalau bukan kamu yang memujinya, siapa lagi?