Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

[ Info PRU13 ] Pengundi Pos Di London Tidak Sabar Mengundi

by IamLisa
April 11, 2013
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

postalvote

Lebih 70,000 warga Malaysia kini berada di United Kingdom (UK). Ada yang sedang menuntut di kolej atau universiti dan sebahagian besar lagi bekerja. Ramai juga yang datang merantau bersama keluarga dan ada dalam kalangan mereka ini yang menetap di UK sejak lebih sedekad yang lepas.

Dengan tanggal pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditetapkan pada 5 Mei, dan rakyat Malaysia di perantauan buat julung kali dibenarkan mengundi sebagai pengundi pos, warga Malaysia di Britain sudah bersedia untuk menunaikan kewajipan mereka.

Wartawan Bernama berkesempatan meninjau persiapan warga Malaysia di London untuk menghadapi PRU13 sebagai pengundi pos dan pengundi tidak hadir.

“Setakat 24 Mac, 2013, seramai 839 warga Malaysia berdaftar sebagai pengundi pos di UK, satu persiapan awal untuk menghadapi PRU13,” jelas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Seri Zakaria Sulong kepada Bernama ketika ditemui di London baru-baru ini.

Dan angka ini adalah jumlah terbesar untuk satu-satu pusat pengundian yang terletak di luar negara.

CARA MENGUNDI POS

Inilah kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara, rakyat Malaysia dibenarkan mengundi dari negara yang mereka bermastautin. Sebelum ini, peluang sebegini hanya bagi penjawat awam yang bertugas di luar negara dan bukan bagi warganegara biasa yang menuntut mahupun bekerja.

Zakaria menjangkakan angka pengundi yang bakal mengundi di pusat pengundian luar negara di London akan meningkat.

“Pengundi yang berdaftar perlu datang ke pejabat Suruhanjaya Tinggi untuk mengesahkan identiti mereka sama ada dengan kad pengenalan ataupun pasport masing-masing untuk diserahkan kertas undi, pada tarikh mengundi yang ditetapkan untuk mereka di UK nanti,” jelas Zakaria lagi.

SPR menetapkan tarikh mengundi awal bagi pengundi pos dan pengundi tidak hadir pada 30 April. Pengundi-pengundi pos yang akan mengundi buat kali pertama dari UK akan menerima kertas undi mengikut kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. – BERNAMA

Tags: londonpengundi di londonpengundi pospilihan raya umumpru13tak sabar mengundiukundi pos
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Page Six
Fesyen

Festival Filem Cannes 2022, #DIVAKongsi Pakaian Terbaik Selebriti Di Red Carpet!

by Opie Azizlan
May 23, 2022
0

Daripada selebriti A-list hingga ke supermodel, pelbagai gaya dipamerkan dan semuanya nampak cantik-cantik belaka! Menandakan edisinya yang ke-75 tahun ini,...

Baca Lagi
Foto - Ainz & Tulpe
Kecantikan

Eksklusif: 3 Kosmetik Terkemuka Ada Di Ainz & Tulpe Pavilion Bukit Jalil

by IamLisa
May 23, 2022
0

Pernah berkunjung ke Ainz & Tulpe ketika berada di Jepun? Sekarang, Ainz & Tulpe mengalu-alukan kamu semua ke gedung pertamanya...

Baca Lagi
Foto - Rappler
Selebriti

Dr. Taylor Swift Kongsi Cara Untuk Belajar Cintai Diri Sendiri

by Opie Azizlan
May 23, 2022
0

Rasanya semua orang setuju apabila DIVA mengatakan Taylor Swift adalah seorang ikon! Daripada menjadi seorang selebriti yang menangi pelbagai anugerah...

Baca Lagi
Foto -  Ellen Von Unwerth
Fesyen

Pakaian Dalam? Kourtney Kardashian Pakai Dress Korset Dolce & Gabbana Di Majlis Perkahwinan

by IamLisa
May 23, 2022
0

Akhirnya Kourtney Kardashian selamat menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati Travis Baker dalam satu majlis perkahwinan tertutup di Itali....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.