Kejadian yang berlaku di Gaza, Palestin apabila seorang lelaki diistiharkan mati berikutan kecederaan parah yang dialami namun kira-kira enam jam selepas itu ketika jenazahnya dituntut keluarga untuk urusan pengebumian, tiba-tiba jantungnya berdegup semula, sekli gus mengejukan semua pihak di situ.
Itu merupakan keajaiban dan kekuasaan Allah yang diperlihatkan ke atas Ketua Tentera al-Qassam kawasan Zaitun, Muhammad al-Hasanad, 32 yang berkata kejadian itu berlaku selepas dia diserang puluhan pesawat tanpa juruterbang (drone) milik Israel pada 2008 menyebabkan dia cedera teruk termasuk kedua-dua kakinya terpaksa dipotong hingga paras paha.
IKLAN
“Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula.
“Anggota keluarga dan sahabat handai yang ketika itu datang menuntut ‘jenazah’ saya untuk dikebumikan semuanya terkejut, lantas bersyukur dengan kekuasaan Allah,” katanya yang ditemani isteri, Fatimah Hasanad, 32. – HARIAN METRO