Bila dengar angka berjumlah RM2 juta, ia bukanlah satu angka yang kecil. Namun itulah jumlah tajaan yang diperlukan oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert di Royal Albert Hall, London pada tahun 2014. Malahan, kita semua sedia maklum bahawa, Siti pernah mengadakan konsert di tempat yang sama pada tahun 2005.
Namun begitu, menurut pengurus Siti, Kak Rozi, perkara ini masih dalam perancangan dan tiada kata putus. Bagi menjayakan konsert tersebut, ianya perlu mendapat tajaan dari syarikat-syarikat korporat. Walaupun nama Datuk Siti sememangnya gah dan dikenali tetapi itu bukanlah faktor yang mudah untuk mendapatkan tajaan.