Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[Hiburan] Bekas anggota Ruffedge didakwa di mahkamah kerana rogol anak tiri

by Aida Sue
December 27, 2012
1.8k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

 Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad. Dia  yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Kenapa ramai orang tidak ingat siapa dia ni? Dia menyertai kumpulan Ruffedge semasa kumpulan itu sudah tidak berapa popular. Ahli asal kumpulan Ruffedge adalah Azan, Cat, Zain, Amer dan Mode. Jadi lelaki ini bukanlah antara kelima-lima yang kami sebuatkan tadi. Apabila Cat, Amer dan Mode keluar dari kumpulan Ruffedge, barulah lelaki ini dan Nine ( bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz ) masuk.

Kumpulan asal Ruffedge

IKLAN

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Kes ini sudah lama berlaku dan kalau anda semua masih ingat lagi, website Rotikaya hampir disaman gara-gara menuduh silap orang kerana kes ini. Khabarnya di laman Facebook, anak tertuduh memang mempunyai simptom trauma dirogol seperti suka memakai baju berlapis-lapis dan dia sendiri pergi ke balai polis untuk membuat aduan kerana bimbang adik perempuannya pula bakal menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya itu.

Pengajaran untuk ibu khasnya, jangan sesekali meninggalkan anak-anak macam itu saja walaupun anak perempuan ditinggal dengan adik beradik lelaki. Itu harus juga dipantau kerana ada anak-anak ini kalau terjadi apa-apa, dia malu atau takut nak bagitahu ibubapa. Cari kawan-kawan, guru, jiran untuk bertanya mengenai hal anak-anak kita. Jangan mudah percayakan orang pada zaman sekarang ini.

 

Tags: artis dan jenayahisu semasaisu sosial malaysiaiwan ruffedge kes rogolkes rogol keluargakumpulan ruffedge asalkumpulan ruffedge malaysiaruffedge rogol anaksiapa anggota ruffedge rogol anak
Share726SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

January 6, 2022
“Ini Anak Saya!” – Bela Anak Patung Macam Anak Sendiri, Netizen Dakwa Ivan Gunawan Ikut Ajaran Sesat
Gosip Tempatan

“Ini Anak Saya!” – Bela Anak Patung Macam Anak Sendiri, Netizen Dakwa Ivan Gunawan Ikut Ajaran Sesat

December 30, 2021
Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen
Gosip Tempatan

Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen

December 30, 2021
Anjur Majlis Berinai Tema Bollywood, Netizen Selar Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Lupa’ Budaya Melayu
Gosip Tempatan

Anjur Majlis Berinai Tema Bollywood, Netizen Selar Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Lupa’ Budaya Melayu

December 29, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.