Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review - Makanan

Suka Makan Pedas? Cuba Sambal Sunda!

by Aida Sue
December 4, 2012
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wulujing Sumping dipilih sebagai kata-kata aluan yang dipamerkan pada pintu masuk Restoran Cibiuk yang beroperasi di Kajang, Selangor sejak Oktober lalu.

Membawa maksud selamat datang, ia merupakan cawangan pertama Restoran Cibiuk di Malaysia. Setakat ini ia mempunyai 34 cawangan di Indonesia khususnya di sekitar Jakarta dan Bandung.

Cibiuk, nama sebuah perkampungan di Bandung, terkenal dengan masakan orang Sunda terutamanya sambal. Tidak hairanlah jika restoran ini menyajikan 12 jenis sambal yang dibuat mengikut tahap kepedasannya iaitu daripada 1 hingga 12. Pastinya sambal tahap 12 ialah yang paling pedas.

Menurut pengurus restoran, Yasmin Mansor, makanan orang Sunda kurang berkuah.

Cili merah

“Sambal Sunda popular dengan kepedasannya. Peliknya, semakin pedas semakin pelanggan ingin makan. Walaupun berbeza tahap kepedasan, boleh dikatakan kesemua ramuannya terdiri daripada cili hijau, cili merah dan buah mangga,” terang Yasmin.

Selain itu, pisang goreng bersalut keju serta coklat cair turut menjadi tarikan.

“Kita biasa menikmati pisang goreng tetapi tidak pernah mendengar mengenai pisang keju,” katanya.

Air kelapa durian ala Cibiuk pula jangan dilepaskan.

“Buah kelapa akan dipotong kepada dua bahagian tetapi isi serta sabutnya tidak dibuang. Kemudian, minuman ini dicampur bersama seulas durian, aiskrim vanila dan jeli hijau,” cerita Yasmin.

Makanan lain yang disediakan ialah nasi bakar ayam goreng, paket kasterol nasi liwet dan nasi timbel komplit dengan harga kira-kira RM10,” tutur Yasmin.

Menurut seorang pelanggan, Tariq Abdul Jalil, dia teruja menikmati sambal Cibiuk.

“Semakin terasa pedas semakin kita ingin menikmatinya dengan nasi.

“Kegemaran saya ialah nasi timbel komplit kerana ia lengkap dengan nasi, ayam goreng kampung, tauhu bakar dan sup,” katanya.

Bagi Nurhani Husin, dia menyukai nasi yang rasanya seperti pulut.

“Saya juga tertarik dengan pisang goreng keju yang lazat. Jarang sekali pisang goreng dicampurkan dengan keju serta coklat cair tetapi hasilnya cukup menyelerakan,” katanya.

Perkara lain yang menarik mengenai Cibiuk ialah sebahagian besar pekerjanya, daripada pelayan, tukang cuci, tukang masak hinggalah pengurus merupakan pelajar sekolah tahfiz.

Menurut pemilik bersama Cibiuk Malaysia, Faridah Mansor, perkara itu bertujuan mendedahkan pelajar sekolah tahfiz dengan ilmu keduniaan khususnya perniagaan.

“Mereka boleh menguruskan perniagaan dan berdakwah sekali gus,” Faridah berhujah.

Sumber: Harian Metro

Nota kaki: Team Wanista.com pasti akan mencuba sambal sunda ini dalam masa terdekat. Tunggukan review kami

Tags: ayam penyetindojjcmlombokmakansambalsedapsunda
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Arkib Wanista
Review - Makanan

[REVIEW] Buffet Ramadan Ala-Ala Bazar Di Hotel Sheraton Petaling Jaya

by Sofie Azizlan
April 5, 2021
0

Tinggal lagi seminggu sahaja sebelum kita kembali ke topik "Nak makan apa untuk berbuka?" setiap hari. Tak dinafikan pada bulan...

Baca Lagi
Foto - Arkib Wanista
Review - Makanan

Wanista Dah Cuba! Makan Malam Sambil Melancong Dengan The Grand Gateway

by Sofie Azizlan
January 4, 2021
0

Pernah dengar tentang The Grand Gateway iaitu nikmati makan malam sambil melacong ke luar negara oleh Grand Hyatt Kuala Lumpur?...

Baca Lagi
Review - Makanan

Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!

by Mas Idayu
October 13, 2020
0

Terliur betul bila bau Flaming Koli, hidangan baharu dari The Chicken Rice Shop ini. Bau ayam sambal rempah yang memikat...

Baca Lagi
Review - Makanan

Sumpah Sedap Makan Daging Wagyu Short Rib Teriyaki Donburi Di Nobu KL!

by Mas Idayu
November 6, 2019
0

Bagi penggemar makan makanan Jepun, pastinya kamu cukup arif dengan cara penyediaan masakan dari negara matahari terbit ini, teknik masakan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.