MATTA FAIR 2012 Kuala Lumpur kini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) bermula 7 September hingga 9 September 2012 ( hari ini hingga Ahad ).
Bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan membeli tiket penerbangan atau pakej pelancongan dengan harga terbaik, inilah masanya untuk anda berbuat demikian kerana Matta Fair memang menyediakan pelbagai tawaran promosi pakej perlancongan di dalam negara, Asia, Eropah, Amerika, Amerika Latin malah mungkin ada pakej pelancongan ke serata dunia. Berbanding tahun-tahun sebelum ini, Matta Fair 2012 menyediakan lebih banyak booth syarikat dan agensi pelancongan yang bakal membuat promosi untuk pakej-pakej lawatan ke seluruh negara.
Contoh tawaran di Matta Fair 2012. Jangan lepaskan peluang!
Kalau dahulu harga tiket masuk ke Matta Fair hanya RM3, tetapi tahun ini harga tiket telah dinaikkan sedikit iaitu RM4. Kanak-kanak pula masuk secara percuma. Acara ini berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 9 malam di Dewan Tun Razak 1, 2 dan 3 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Anda digalakkan datang lebih awal kerana untuk mengelakkan kesesakan jalanraya dan juga tempat meletak kenderaan yang terhad di sekitar kawasan PWTC atau menggunakan pengangkutan awam seperti LRT ( RapidKL ) dan berhenti di stesen PWTC.
Dewan 1 dan Dewan 2 menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan ke destinasi serata dunia, tiket penerbangan antarabangsa, tawaran hadiah dan peraduan menarik serta perkhidmatan konsultasi mengenai pelancongan. Di Dewan 3 pula, tawrran pakej pelancongan untuk destinasi dalam negara dan juga negara ASEAN.
IKLAN
Peta lokasi booth di Dewan 1
Peta lokasi booth di Dewan 2
Peta lokasi booth di Dewan 3