Seorang pencuri wanita bersama teman lelakinya ditangkap polis kerana ‘kantoi’ mencuri sebuah televisyen bersaiz 42 inci yang dikepit di celah kangkang dan menutupnya tv yang berharga RM15,000 itu hanya dengan menggunakan skirt milik wanita itu.
Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah Elkjøp yang terletak di Oslo,Norway dan dipercayai wanita ini berupaya membawa televisyen berkenaan dengan menyepitnya di celah paha ke perhentian bas berhampiran. Seorang pekerja mengesyaki ada yang tidak kena lalu menelefon polis dan kemudiannya mereka di tangkap semasa mereka berada di dalam bas. Wanita itu memberitahu polis yang dia mempunyai otot paha yang amat kuat dan diberi nama jolokan ‘Thunder Thighs” oleh sebuah stesen radio tempatan.
Gambar hiasan
IKLAN
Polis berkata mereka juga ragu-ragu kerana cara menyorokkan televisyen di celah kangkang ini agak mustahil kerana beberapa orang polis wanita telah mencubanya di balai polis. “Ianya sukar, tetapi tidak mustahil.”, kata pihak polis.
Hai. Macam-macam. Teringat satu video YouTube mengenai seorang lelaki yang cuba mencuri sebuah televisyen nipis dari sebuah kedai dengan hanya mengepit televisyen tersebut di celah ketiaknya. Mengikut sumber ianya hanya sebuah video publisiti untuk produk dari syarikat LG.
Sumber : DailyMail