Masih ingatkan anda dengan pelakon comel Macaulay Culkin? Beliau pernah berlakon di dalam filem seperti Richie Rich dan juga Home Alone. Selepas filem Richie Rich keluar, sudah jarang kedengaran lagi berita tentang beliau tetapi baru-baru ini, media hiburan digemparkan dengan gambar terbaru beliau yang amat mengejutkan. Culkin yang sudah berumur 31 tahun, kelihatan amat-amat kurus dan rupa beliau agak tidak terurus. Majalah National Enquirer melaporkan yang Culkin merupakan seorang penagih dadah heroin dan membelanjakan sekitar US$6000 seminggu untuk mendapatkan bekalan dadah. Mengikut sumber iaitu teman rapat Culkin, selain heroin, beliau juga ketagih dengan najis dadah oxyco done, Percocet dan Vicodin.
Wajah Culkin yang menjadi penghias muka depan majalah tabloid National Enquirer berikutan isu dadah dan perubahan drastik tubuhnya
Berikut merupakan gambar Culkin dari zaman kanak-kanak sehingga beliau dewasa.
Culkin semasa berumur 12 tahun.
14 tahun.
IKLAN
18 tahun
20 an
dan terkini