Lelaki yang mendapat jolokan Sexiest Man Alive ini semestinya pernah dikaitkan dengan ramai wanita cantik. Jom kita lihat senarai wanita yang pernah menawan hati vokalis kumpulan Maroon 5 ini.
1. Jane Herman (1997-2001)
Bekas editor majalah Vogue, mereka bercinta sejak dari bangku persekolahan selama 4 tahun. Album pertama Maroon 5 ” Songs About Jane” adalah inspirasi daripada wanita ini.
2. Jessica Simpson (2004-2006)
Pada tahun 2004, Jessica Simpson dikhabarkan meninggalkan suaminya Nick Lachey demi Levine. Pada tahun 2006, mereka dilaporkan bermalam bersama di Los Angeles. Wakil daripada pihak mereka bagaimanapun berulang kali mempertahankan bahawa mereka berdua “hanya kawan”.
3. Maria Sharapova (2005)
Levine dilaporkan pernah melabelkan gadis ini sebagai kekasih yang teruk. Dia bagaimanapun menafikan gosip tersebut.
4. Rebecca Ginos (2006-2007)
Levine dikatakan mula bercinta dengan gadis pelayan koktel ini ketika sambutan hari jadinya yang ke 21. Mereka kemudiannya berpisah pada penghujung tahun 2007.
5. Janine Habeck (2008)
Kedua-duanya heboh dikatakan bercinta selepas “ditangkap” berpelukan ” di Spain
6. Cameron Diaz (May 2009 )
Digossipkan bercinta ketika ditemui berdating di Chateau Marmont.
7. Angela Bellotte (September 2009 – 2010)
Tidak sampai setahun bercinta, mereka mula dilaporkan bersama di lapangan terbang.
8. Anne V (Mac 2010 – April 2012)
Bertemu di sebuah parti pakaian mandi ‘Sport Illustrated’ pasangan yang dilihat begitu ideal ketika pementasan fesyen Victoria Secret 2011 ini berpisah beberapa bulan kemudian. Anne juga pernah beberapa kali tampil sebagai model dalam klip video Maroon 5 dan pernah digandingkan bersama dalam sesi fotografi intim untuk majalah Vogue .
9. Behati Prinsloo (May 2012-May 2013)
Sekali lagi bertemu cinta dengan model Victoria Secret, percintaan mereka bertahan selama setahun.
10. Amanda Setton (Mac 2013)
Bintang siri Gossip Girl ini pernah digosipkan dengan Levine.
11. Nina Agdal (May 2013- July 2013)
Masih lagi seorang supermodel, Nina Agdal antara yang pernah bertakhta di hati Levine.
12. Lindsay Lohan
Tidak pernah dilaporkan mana-mana media becinta, namun pendedahan Lohan baru-baru ini turut menyenaraikan Levine sebagai sebagai antara 36 kekasih berstatus selebritinya.
13. Behati Prinsloo (July 2013- Sekarang)
Balik semula kepada kekasih lamanya, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bertunang.