Tarian bertenaga, muzik yang mengasyikkan, paras wajah yang cantik dan kacak, serta suara yang mampu memikat kita yang mendengar, itu bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat lagu Kpop.
Melalui Wikipedia, Kpop bermaksud ‘Korean Pop’ atau ‘Korean Popular Music’. Ianya terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan. Dikatakan, moden K-Pop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan ‘Seo Taiji & Boys’ dengan lagu genre dance dan rap.
Di Malaysia saja, Kpop mula dikenali sejak tahun 2008 di laman sosial dan semuanya bermula apabila kumpulan Super Junior mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single mereka, ‘Sorry Sorry’ pada tahun 2009. Dari situlah, Kpop terus berjaya menawan hati peminat di Malaysia.
Bukan itu sahaja, selain muzik Kpop itu sendiri, tarian yang disertakan sekali juga turut menjadi perhatian. Seseorang yang tahu menari mampu meningkatkan daya tarikan sendiri 2 kali ganda dari orang biasa. Sememangnya kumpulan Kpop terkenal dengan pelbagai jenis tarian.
Malah, sebelum ini Youtube melaporkan bahawa tontonan video Kpop telah berkembang daripada 700 juta pada tahun 2010 kepada lebih daripada 5.5 bilion pada tahun 2013. Selain kualiti dan jalan penceritaan yang ringkas pada muzik video, tidak dinafikan tarian yang diketengahkan menjadi faktor kenapa kita sanggup menontonnya berulang kali.
Jadi, muzik video yang mana merupakan pilihan anda? Kiranya the most eye-popping choreography sehingga anda sanggup menekan butang replay semata-mata untuk menghafal setiap step tarian? Adakah EXO melalui lagu Growl? Ataupun fenomena tarian kuda oleh Psy?
Ini antara pilihan Wanista!
1. PSY – GANGNAM STYLE
Yup! Lagi pelik kalau Gangnam Style tidak tersenarai.
2. SUPER JUNIOR – SORRY SORRY
Salah satu boy band senior terbesar di Korea, mempunyai pelbagai lagu hit seperti Bonamana, Mr.Simple dan pelbagai lagi. Tetapi Sorry Sorry menampilkan step tarian yang sangat mudah diingati.
3. WONDER GIRLS – NOBODY
Selain Super Junior – Sorry Sorry, Nobody oleh Wonder Girls juga turut memikat ramai peminat Malaysia. Rata-rata terhibur dan kagum melihat gerak langkah tarian yang cukup kemas ini.
4. EXID – Up & Down
Satu lagi tarian viral yang mencipta fenomena di Korea. Jom menari!
5. BIGBANG – BANG BANG BANG
Swag. Attitude. Style, Dance. Semuanya BigBang ada. Walaupun dilihat jarang menari tetapi setiap step tariannya boleh dikatakan ikonik, sangat mudah untuk diingati.
6. 2NE1 – I AM THE BEST
Susah untuk anda tidak menyukai 2NE1. Mereka sangat badass ketika membuat persembahan live, malah lagu mereka turut dabomb. Tak percaya? Lihat sahaja I Love You, Come Back Home ataupun Ugly.
7. TWICE – CHEER UP
Ya mereka masih lagi maknae (girl group muda) tetapi lihat sahaja fenomena lagu Cheer Up, lebih-lebih lagi bait lirik ‘Shy Shy Shy’ yang menjadi trend hangat.
8. EXO – GROWL
Ada sesiapa peminat EXO di sini? Angkat tangan? Dalam banyak-banyak lagu EXO, ini favorite penulis, setiap kali dengar mesti rasa nak menari sekali.
9. SNSD – GEE
Concept on point, song on point malahan tariannya juga sangat comel. Highlight untuk step tarian ketam, seriously creative!
10. KARA – MISTER
Bila bercakap tentang Kara, apa yang anda ingat? Tarian mereka? Hip dance atau lebih dikenali dengan butt dance. Ya, pandai! Step tarian yang diambil dari lagu Mister mencipta fenomena hangat di Korea malah ramai selebriti Korea turut mempelajari tarian ini.
11. CRAYON POP – BAR BAR BAR
Crayon Pop terusan menjadi fenomena baru. Setelah cemerlang dengan lagu Bar Bar Bar, Crayon Pop kembali melonjak arena muzik Kpop dengan single Uh-ee. Malah, penulis yakin mereka ini sebaris dengan nama hebat seperti SNSD, Miss A, EXID, F(X).
Ada sesiapa lagi yang penulis tertinggal? Boleh komen dekat bawah.